Lenggeng berpotensi jadi jadi hab pendidikan, pertanian - Utusan Malaysia

Lenggeng berpotensi jadi jadi hab pendidikan, pertanian

MOHD. Asna Amin (dua dari kiri) bersama pasukan kempennya bertemu dengan pengundi-pengundi di Kampung Daching, Lenggeng, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dilihat mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai hab pendidikan dan pertanian di negeri ini.

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu, Mohd. Asna Amin berkata, dua perkara itu merupakan aspirasi yang ingin dibawa beliau sekiranya diberi peluang oleh pengundi menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Sudah tentu hal berkaitan infrastruktur perlu diberikan keutamaan untuk diperbaiki. Selain itu saya mahu melihat Lenggeng dijadikan hab pusat madrasah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), masih ramai anak-anak muda yang kurang mengetahui mengenai TVET ini.

“Lenggeng juga ada banyak tanah dan luas. Saya perhatikan, penduduk ada tanah namun kurang pengetahuan untuk bangunkan dan menghadapi masalah modal, mungkin dalam hal ini kita lihat pelbagai bantuan dan geran yang ada kepada penduduk, kita boleh tanam jagung kerana permintannya sangat tinggi di pasaran,” katanya ketika ditemui di Lenggeng di sini.

Ditanya berkenaan perjalanan kempen beliau bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat ini, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban itu memberitahu ia berjalan lancar dan ia menjadi motivasi buat BN untuk menang di kerusi berkenaan kali ini.

“Jumlah pengundi paling ramai di Lenggeng adalah di bahagian Panchor, di situ adalah lebih 13,000 pengundi, dulu kawasan gelap UMNO namun sekarang sudah putih sebab kita (BN) sudah bergabung (dengan Pakatan Harapan) dan di sebelah sini (perkampungan Lenggeng) memang kubu kuat UMNO.

“BN perlu menang di Lenggeng kerana ia merupakan kerusi maruah kepada UMNO dan BN kerana kerusi ini kami minta dari PH dan telah yakinkan bahawa kami boleh menang di kerusi ini,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, DUN Lenggeng dimenangi PH menerusi calon dari Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaimi Kassim dengan majoriti 986 undi menewaskan dua calon lain termasuk calon BN, Mazalan Ma’arop.

Bagaimanapun, memasuki PRN Ke-15 ini, kerusi Lenggeng diserahkan PH untuk ditandingi oleh calon BN.

Mohd. Asna akan menghadapi saingan dua lagi calon iaitu Yang Dipertua Pas Seremban, Mohd. Fadli Che Me yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, Zul Azki Mat Sulop.

Terdapat seramai 27,386 pengundi berdaftar di DUN Lenggeng.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya