Lelaki pukul isteri hingga mati di Selangor kena berkas  di Johor  - Utusan Malaysia

Lelaki pukul isteri hingga mati di Selangor kena berkas  di Johor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Seorang lelaki yang  disyaki memukul isterinya  sehingga maut di Sungai Long, Kajang diberkas polis ketika bersembunyi di sebuah lokasi di Johor semalam.

Suspek yberusia 32 tahun itu disyaki berada di negeri berkenaan sebaik mengetahui isterinya telah meninggal dunia bagi mengelakkan diri dari ditahan pihak berkuasa. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, risikan polis mendapati maklumat bahawa suspek berada di Johor sebelum serbuan dibuat semalam. 

“Susulan itu, kami juga menjalankan beberapa siri serbuan dalam tempoh tangkapan dibuat termasuk merampas barang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes ini,” kata beliau  dalam sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek yang ditahan akan direman  tujuh hari untuk membantu siasatan.

Terdahulu, seorang lelaki diburu polis selepas disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang  pada 21 Julai lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang lebam di seluruh anggota badan dan tidak sedarkan diri dihantar suspek ke hospital swasta sebelum melarikan diri.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya