Lelaki direman disyaki dera anak bekas teman wanita - Utusan Malaysia

Lelaki direman disyaki dera anak bekas teman wanita

Pusat Krisis Sehenti (OSCC) yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan membolehkan kes penderaan dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan reman selama dua hari bermula hari ini kerana dipercayai melakukan penderaan fizikal terhadap anak perempuan kepada bekas kekasihnya.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, R. Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini selepas pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu daripada ibu mangsa.

“Polis menerima laporan tentang kejadian pada pukul 10.39 pagi semalam, mengatakan suspek telah melakukan penderaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

“Kecederaan dialami kanak-kanak itu melibatkan bahagian muka dan bibirnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Sinaran Baru, Kempas, di sini.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi rawatan lanjut. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya