Lawan perjuangan Islam: Pemuda UMNO Kelantan buat laporan polis terhadap MB

Lawan perjuangan Islam: Pemuda UMNO Kelantan buat laporan polis terhadap MB

ROSDI Razali (dua dari kiri) menunjukkan salinan laporan selepas membuat laporan ke atas Menteri Besar Kelantan di IPD Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis ke atas Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkait kenyataan melabelkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Kota Lama sebagai pihak yang menentang perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat lalu.

Laporan tersebut dibuat oleh Pemuda UMNO Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini sekitar pukul 1 tengah hari.

Ketua Peneranganya, Rosdi Razali berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Meranti itu dilihat bersifat fitnah yang berbaur hasutan sehingga boleh mendatangkan kebencian kepada rakyat Kelantan dan umat Islam yang lain terhadap dua ADUN berkenaan.

“Pihak kami (Pemuda UMNO Kelantan) memandang serius perkara ini kerana ianya boleh mencetuskan politik ekstrim.

“Pada masa sama, ia dilihat boleh menggugat keharmonian dalam kalangan Umat Islam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Rosdi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tumpat memberitahu, perkara tersebut dibimbangi oleh mengulangi kembali peristiwa yang pernah berlaku akibat daripada amanat Tan Sri Abdul Hadi Awang suatu ketika dahulu.

Katanya, antara peristiwa yang berlaku susulan amanat itu ialah solat dua imam, suami isteri bercerai-berai kerana fahaman politik dan haram makan sembelihan orang UMNO.

“Kita tidak mahu politik ekstrim sedemikian akan berlaku kembali dan mencetuskan insiden Memali 2.0. Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat khususnya umat Islam,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Mohd. Nassaruddin yang baru-baru beberapa hari dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 melabelkan kemenangan gabungan BN dan PH di Galas serta Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu, di sini.

Ucapan ADUN Meranti itu kemudian tular sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet di laman sosial.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya