Latih banduan dalam pengurusan sisa pepejal

Latih banduan dalam pengurusan sisa pepejal

AKMAL NASRULLAH Mohd. Nasir (dua dari kanan) memakaikan ves kepada seorang perantis Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi: Inisiatif Pensijilan Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 3,000 banduan akan dilatih dan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, peruntukan sebanyak RM1.57 juta disediakan untuk pelaksanaan latihan kemahiran di 17 penjara terlibat pada tahun ini.

Jelasnya, program berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap kira-kira 6,000 pekerja asing daripada keseluruhan 27,000 pekerja dalam sektor pembersihan awam di negara ini.

Kata beliau, inisiatif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Jabatan Penjara itu dapat membantu meningkatkan proses pembinaan kendiri, di samping membina kehidupan baharu kepada bekas banduan.

“Kita sedang merancang untuk memperluaskan kerjasama ini dengan Sekolah Henry Gurney (SHG) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program ini ada beberapa tahap iaitu tahap dua sebagai pekerja am, tahap tiga untuk menjadi penyelia dan tahap empat untuk peringkat pengurusan.

“Buat masa ini seramai 280 orang banduan di 17 penjara di Semenanjung telah terpilih untuk menyertai program ini selama lapan bulan dengan elaun RM500 sebulan. Perantis didedahkan latihan secara teori dan amali berkaitan skop cara kerja, pengendalian peralatan dan pematuhan keselamatan mengikut standard enam aktiviti utama yang ditetapkan, katanya dalam sidang akhbar selepas Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi di Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad.

Sementara itu, mengenai pemilihan banduan, Nordin berkata, perantis dipilih dalam kalangan banduan yang menjalani hukuman kurang dari lima tahun dengan umur yang masih produktif iaitu 40 tahun ke bawah.

Menurutnya, banduan yang menjalani program sedemikian mempunyai kadar pengulangan jenayah rendah iaitu hanya 0.24 peratus berbanding mereka yang dibebaskan secara terus.

“Maksudnya bagi setiap 100 orang yang dibebaskan secara terus seramai 18 orang akan masuk semula ke penjara dalam tempoh tiga tahun. Mereka keluar tanpa tujuan dan akhirnya kembali kepada koloni lama.

“Berbanding melalui program ini kadarnya hanya 0.24 peratus atau seorang bagi setiap 500 yang dibebaskan. Sebab itu penjara menyokong program sedemikian kerana memberi sinar kedua kepada bekas banduan melalui jaminan pekerjaan dan tempat tinggal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya