Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor buka peluang pelajar

Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor buka peluang pelajar industri

SEBAHAGIAN aktiviti pembuatan piuter yang dipamerkan ketika Majlis Pelancaran Koleksi Heritage Royal Selangor di Royal Selangor Visitor Centre, Setapak di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar Institusi Kraf Negara (IKN) berpeluang menjalani latihan industri di Royal Selangor sekali gus dapat meningkatkan kemahiran mereka selain peluang kerjaya yang lebih baik. 

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli berkata, pelajar jurusan kraf logam di IKN berpeluang mempelajari teknik kepakaran produk penghasilan kraf piuter dari kemahiran yang dimiliki oleh pakar di Royal Selangor.

“Ini juga adalah selaras dengan hala tuju IKN untuk menjadi sebuah institusi peneraju kecemerlangan pengajian kraf berinovasi dan berkemahiran tinggi,” katanya dalam majlis menandatangani memorandum kerjasama antara Kraftangan Malaysia Royal Selangor. 

Selain itu, katanya, kerjasama strategik ini secara langsung membuka peluang latihan industri dan lanjutan belajar bagi tenaga mahir di Royal Selangor untuk mengikuti latihan yang ditawarkan di IKN.

“Tenaga kerja mahir di Royal Selangor pula dapat mengikuti lanjutan latihan kemahiran di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditawarkan oleh lKN.

“Oleh demikian, kita akan menambah bilangan pelajar yang membuat latihan industri melalui kerjasama dengan Royal Selangor, dari tahun ke tahun,” ujarnya. 

Jelasnya, program persijilan SKM itu dapat melengkapkan pekerja mahir tersebut dengan kelayakan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, peluang yang bakal diperoleh oleh pelajar industri IKN di Royal Selangor adalah merupakan peluang keemasan buat mereka.

Hal ini kerana, kata beliau, syarikat tersebut yang menghampiri usia perusahaan selama 130 tahun mempunyai pasukan tersendiri untuk membuat kajian berkenaan produk-produk yang akan dijual dan ditampilkan.

Malah, katanya, perusahaan tersebut yang mempunyai rangkaian besar di mana mempunyai pereka-pereka terkemuka di dunia, membuatkan mereka amat sukar untuk berkongsi kepakaran kepada umum.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kerjasama strategik yang dilakukan oleh Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor, beliau berkata, tujuan utama  adalah untuk memperkasakan dalam memberi kesedaran secara meluas tentang industri kraftangan negara.

Justeru, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Royal Selangor kerana sudi menerima pelawaan daripada kementerian dan juga Kraftangan Malaysia.

“Bukan mudah bagi satu syarikat yang dianggap gergasi dalam bidang kraf ini sanggup bekerjasama dengan pihak kraftangan dengan tujuan untuk memperkembangkan industri ini.

Ini secara jelas menunjukkan dalam kerjasama strategik yang dijalin antara pihak kerajaan dan pihak swasta, tidak ada perkara-perkara yang mustahil tidak boleh kita kecapi,” katanya. 

Beliau menambah, kerjasama itu bukan sahaja untuk menghasilkan produk-produk tertentu , malah merupakan satu langkah yang penting kepada usahawan-usahawan di bawah program kraftangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya