KPT pertimbang tawar ijazah TVET di politeknik - Utusan Malaysia

KPT pertimbang tawar ijazah TVET di politeknik

MOHAMED KHALED NORDIN (tengah) menghadiri Program Kekal Sihat Kementerian Pendidikan Tinggi Prihatin Madani di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan program pada peringkat ijazah bagi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di semua politeknik.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tumpuan akan diberikan dalam aspek ‘skilling’, ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ kerana dapat memperkukuhkan TVET, sekali gus berupaya menjadi pembelajaran sepanjang hayat.

Justeru, pihaknya mempertimbangkan cadangan itu untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) memandangkannya melibatkan tenaga pakar dan akademik.

“Dari segi kebolehpasaran, graduan TVET lebih baik daripada pelajar biasa dengan kedua-duanya melepasi 90 peratus.  Jadi, tumpuan kita sekarang hendak lihat pemadanan antara yang belajar dengan kerja dan gaji yang lebih baik. 

“Kita alu-alukan apabila kerajaan memperkenalkan gaji progresif mungkin dengan sendirinya sedikit sebanyak membantu usaha-usaha kita,” katanya selepas menghadiri Program Kekal Sihat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili, dekat sini hari ini.

Kementeriannya amat berharap TVET akan diperluas menerusi pembukaan lebih banyak cawangan, terutamanya rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Setakat ini, empat universiti disenarai dalam MTUN, iaitu Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya