KPDN cari penyelesaian jangka panjang isu bekalan gula - Utusan Malaysia

KPDN cari penyelesaian jangka panjang isu bekalan gula

ARMIZAN MOHD. ALI (tengah) bergambar bersama-sama para peserta pada Program Bimbingan Usahawan & Sesi Libat Urus Bersama Intermediari Korporat SSM Peringkat Negeri Johor di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini dalam proses mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu bekalan gula di negara ini.

Pemangku Menterinya,, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementerian sedang membincangkan perkara tersebut dengan beberapa kementerian berkaitan,  antaranya Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Kita tahu ada sedikit sebanyak isu gula ini yang memerlukan penyelesaian jangka panjang yang melibatkan beberapa kementerian, kita sedang duduk bersama membincangkan perkara itu.

“Baru-baru ini pun saya telah mempengerusikan beberapa mesyuarat dengan pegawai daripada Kementerian Ekonomi, MITI dan KPKM untuk mencari penyelesaian jangka panjang,” katanya selepas meraskikan Program Bimbingan Usahawan & Sesi Libat Urus bersama Intermediari Korporat SSM 2023 Peringkat Negeri Johor di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, KPDN giat menjalankan Ops Manis bagi memastikan pengilang dan pemborong menjalankan tanggungjawab mereka membekalkan gula putih bertapis.

“Kita kena teruskan Ops Manis untuk pastikan pengilang yang bertanggungjawab untuk membekalkan gula rakyat, bertapis putih kasar dan halus ini sebanyak 42,000 metrik tan sebulan.

“Itu tanggungjawab mereka (pengilang) dan mereka perlu tunaikan, begitu juga pemborong seperti yang termaktub di bawah peraturan peraturan bekalan,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan menegaskan peniaga tidak dibenarkan mengenakan syarat dalam pembelian gula.

Kementerian itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang meletakkan syarat perlu membeli satu kilogram gula putih jernih (premium) jika mahu membeli gula pasir kasar.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati  mengenakan syarat berkenaan tanpa kebenaran Pengawal Bekalan dan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Syarat itu tidak boleh diletakkan dan kalau ada sila laporkan kepada kita kerana di bawah perintah bekalan itu  peniaga tidak tidak boleh meletakkan syarat sedemikian dan kita akan ambil tindakan bersesuaian. Kita ada terima (aduan) dan kita dapat selesaikan aduan itu serta-merta kepada mana-mana yang terlibat,” katanya.

Semalam, Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail dalam kenyataan berkata sebuah premis perniagaan di Batu Gajah diserbu setelah didapati mengenakan syarat tertentu bagi penjualan gula pasir.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya