Kontraktor didakwa elak bayar cukai pendapatan - Utusan Malaysia

Kontraktor didakwa elak bayar cukai pendapatan

CHEW Mum Keong (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih RM200,000 bagi dua tahun taksiran.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih RM200,000 bagi dua tahun taksiran.

Orang kena saman (OKS), Chew Mum Keong, 44, mengaku bersalah di hadapan Majistret, V. Vanita.

Mum Keong yang merupakan pemilik syarikat Pipe Pro Enterprise didakwa gagal menyatakan pendapatan bagi tahun taksiran dengan tiada sebab munasabah mengenai hasil daripada perniagaan yang secara keseluruhannya berjumlah lebih RM1 juta.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berulang iaitu gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tahun-tahun taksiran 2020 dan 2022

Dia sepatutnya membayar cukai berjumlah RM127,617.75 bagi tahun 2020 dan RM112,339.75 bagi tahun 2021.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 77A (1) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 112(1A) akta yang sama atas kegagalan mengemukakan penyata kewangan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri bagi tahun 2020 dan 2021.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 dan empat bulan penjara sekiranya OKS gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan. 

OKS turut diarahkan untuk berbincang dengan LHDN berkenaan dengan bayaran penalti khas secara ansuran yang boleh sehingga tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Irfan Muashik Jantan dan Hood Ismail.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya