MERSING: Kembara Mahkota Johor 2023 meneruskan jelajah pada hari kedua dengan merentasi daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar.
Jelajah bermula dari bandar ini dengan diketuai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan ditemani adinda-adinda beliau.
Merentasi perjalanan sejauh 321 kilometer, rombongan menemui rakyat di beberapa lokasi, antaranya di Kampung Lukut dan Laman Kembara Paloh.
Rombongan kemudian meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang dan Pekan Sagil sebelum mengakhiri jelajah hari ini di Muar. – UTUSAN