MUAR: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 meneruskan jelajah pada hari ketiga ke beberapa lokasi di daerah ini, Tangkak dan Batu Pahat, hari ini.
Merentasi perjalanan sejauh 176 kilometer, rombongan KMJ 2023 menemui rakyat jelata di Sawah Ring, Tangkak sebagai lokasi pertamanya.
Di Sawah Ring yang merupakan antara kawasan penanaman padi terkenal di negeri ini, pelbagai acara diadakan, antaranya menangkap ikan dan melakukan tendangan penalti dalam sawah selain permainan tradisional.
Selepas itu rombongan meneruskan jelajah ke Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara sebelum ke destinasi terakhir di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat. – UTUSAN