Kes saman S.M. Faisal-Caprice mungkin selesai Jumaat

Kes saman S.M. Faisal-Caprice mungkin selesai Jumaat

ARIZ Ramli atau Caprice
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memberitahu status kes saman ahli perniagaan, Datuk S.M. Faisal Nasimuddin terhadap penyanyi, Caprice berkemungkinan akan diselesaikan Jumaat ini.

Saman fitnah itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang didakwa dibuat oleh Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi yang juga bekas isteri S. M Faisal.

Menurut peguam, Ardy Suffian Akberdin, Hakim Azian Othman turut mengarahkan agar ahli perniagaan itu hadir pada tarikh akan datang.

“Hari ini S.M Faisal (plaintif) tidak dapat hadir kerana berada di luar negara dan akan balik pada 3 Ogos ini (Khamis). Pihak-pihak perlu hadir untuk penyelesaian.

“Sebenarnya defendan (Caprice) minta plaintif untuk tarik balik kes tetapi kami ingin memasukkan perintah penyelesaian. Bila ada perintah penyelesaian, pihak-pihak boleh minta maaf (dan) dua-dua kena tutup mulut. Kalau ada yang langgar (perintah), ia akan jadi hina mahkamah. Kalau tarik balik kes, ia seolah-olah tiada apa berlaku,” kata peguam itu.

Pada prosiding hari ini, Caprice hadir di mahkamah ditemani peguamnya.

Sekiranya pihak-pihak tidak dapat mencapai persetujuan, kes itu akan dteruskan perbicaraan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini iaitu pada 4 hingga 6 Oktober ini.

S.M Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 15 Ogos 2022 atas dakwaan penyanyi itu membuat pernyataan berbaur fitnah berhubung perintah pemenjaraan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap bekas isterinya selepas gagal mematuhi perintah mahkamah.

Plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat malafide (berniat jahat) tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif.

Kata plaintif, sehari selepas itu, defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun 2022.

Jelas plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan plaintif merasa tertekan dari segi emosi selain cemuhan dan gangguan daripada pihak-pihak yang ada kaitan atau menyokong kempen untuk menjatuhkan plaintif.

Dalam pada itu, plaintif turut mendakwa hubungannya dan keluarga serta fokus kerjayanya juga terkesan dan terganggu.

Pernyataan saman itu turut menyebut hantaran fitnah itu mengakibatkan plaintif mengalami keaiban, penghinaan, cemuhan, tohmahan, cacian, ejekan atau kebencian dalam kalangan masyarakat.

Justeru, plaintif memohon suatu perintah injunksi mandatori terhadap defendan untuk mengeluarkan atau memadamkan hantaran fitnah tersebut yang diterbitkan, dimuat naik, disebarkan atau disiarkan yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif.

Selain itu, plaintif turut menuntut suatu injunksi kekal menghalang defendan sama ada oleh dirinya sendiri, sekutunya, ejennya atau sesiapa sahaja daripada memuat naik, menyebarkan, menyiarkan,menerbitkan, mengedarkan atau menghebahkan dengan apa cara sekalipun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya