Kerap turun ke Kelantan, Kedah bukti Anwar takut - Pas

Kerap turun ke Kelantan, Kedah bukti Anwar takut – Pas

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar turun ke Kelantan dan Kedah mutakhir ini memberi ‘isyarat’ beliau berada dalam keadaan cemas menanti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini yang bakal diterima oleh Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau bimbang tindakan itu akan menyebabkan Selangor yang kini berada dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan bertukar tangan selepas ini.

Menurutnya, belum ada sejarah di negara ini apabila Perdana Menteri dilihat sibuk berkempen dan kebiasaan tugas tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Biasanya Timbalan Perdana Menteri kerap turun. Kalau turun pun, cukuplah sekali…tapi kali ini Perdana Menteri sendiri.

“Kita tengok zaman Tun M (Dr Mahathir Mohamad), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masa menjadi Perdana Menteri…mereka jarang turun,” katanya ketika ditemui pemberita di Panchor di sini hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, tindakan Anwar itu turut dilihat sebagai sesuatu yang pelik.

“Saya buat contoh gini, kalau kita Guru Besar, takkan kita nak masuk semua kelas untuk mengajar. Biasanya Guru Besar hanya memantau sahaja.

“Tapi…bila masuk kelas mengajar ini satu benda pelik,” ujarnya.

Terbaharu hari ini Anwar sekali lagi turun ke Kelantan untuk berkempen pada PRN-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya