Kerajaan Kelantan jamin kompleks Sukan Bukit Merbau siap pada Mac 2026

Kerajaan Kelantan jamin kompleks Sukan Bukit Merbau siap pada Mac 2026

AHMAD Yakub (kanan) menyampaikan surat setuju terima kepada kontraktor pembinaan yang terlibat di tapak Stadium Sukan Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan memberi jaminan kerja-kerja pembinaan Stadium, Kompleks Sukan dan Madinah Al-Riadah Bukit Merbau, di sini yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM283 juta akan siap sepenuhnya pada Mac 2026 depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek yang dipantau oleh agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaksanakan mengikut prospek sebagaimana yang telah ditetapkan.

“Kita (Kerajaan Negeri) sudah memperuntukkan sebanyak RM62 juta bagi kerja-kerja tanah, pembangunan infrastruktur dan pembangunan jalan masuk utama ke kompleks berkenaan yang dijangka siap pada 8 Oktober 2024.

“Pembinaan infrastruktur dan lain-lain termasuk penstabilan cerun, saliran, sistem retikulasi air, pembentungan dan lain-lain membabitkan peruntukan sebanyak RM53 juta dijangka siap pada pertengah Mei 2026,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor pembinaan yang terlibat di Bukit Merbau, di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, bagi mengoptimumkan  infrastruktur itu pihaknya turut menyediakan lebih tujuh hektar tanah di kawasan berdekatan khusus untuk pembinaan sekolah sukan patuh syariah dalam usaha melahirkan jaguh sukan negara.

Katanya, permohonan berkait bagi pembinaan sekolah sukan telah diangkat kepada kementerian berkaitan yang bakal memberi kemudahan kepada bidang pendidikan Sains Sukan dan pusat melahirkan bakat baharu dalam kalangan pelajar.

“Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat akan memastikan pembangunan sukan dan kemudahan bersukan yang disediakan bukan merupakan projek gajah putih yang terbiar tetapi berfungsi dan bermanfaat dalam pembangunan sukan dalam skop yang global,” ujarnya.

Ahmad menegaskan, Kerajaan Negeri pimpinan Pas tidak pernah mengabaikan pembangunan sukan dengan melaksanakan projek pembangunan sukan di beberapa lokasi termasuk mewujudkan bandar sukan di Selising.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya