Kepala khinzir ditemukan depan bilik gerakan PN di Juasseh - Utusan Malaysia

Kepala khinzir ditemukan depan bilik gerakan PN di Juasseh

KEADAAN hadapan Bilik Gerakan PN DUN Juasseh, Kuala Pilah selepas kejadian kepala khinzir ditemukan di hadapan premis tersebut pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di sini dikejutkan dengan penemuan kepala khinzir yang diletakkan di hadapan Bilik Gerakan DUN Juasseh Perikatan Nasional (PN) pagi ini.

Calon PN DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, kepala haiwan itu ditemukan kira-kira pukul 7.15 pagi dan diletakkan di atas bendera parti berkenaan.

Susulan itu, katanya, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Pilah pagi tadi.

Eddin Syazlee berkata, beliau hanya mengetahui kejadian tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi tadi serta dimaklumkan kepala khinzir turut diletakkan di rumah pegawainya di sekitar daerah ini.

“Tidak mengapa, kami kekal tenang. Saya ingat ini cuma tindakan untuk mengalihkan tumpuan kami dan fokus kami menghadapi PRN yang tinggal berbaki dua ke tiga hari lagi. 

“Ini mungkin tindakan orang terdesak, tidak apa kami kekal fokus dengan PRN dan anggap ini sebahagian daripada cabaran. Kami tidak boleh tuduh sesiapa yang buat sebab mahu jaga sensitiviti banyak pihak,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Juasseh, di sini, hari ini.

EDDIN Syazlee Shith ketika ditemui di hadapan Bilik Gerakan PN DUN Juasseh, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah berkata, tindakan provokasi seperti itu tidak wajar berlaku ketika ini di mana pendekatan berpolitik sepatutnya lebih matang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes tersebut dalam siasatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya