Kempen untuk UMNO demi kebaikan rakyat - Anwar - Utusan Malaysia

Kempen untuk UMNO demi kebaikan rakyat – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada program Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan DUN Linggi di Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Port Dickson malam tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu tindakannya berkempen untuk UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 adalah demi kebaikan rakyat.

Beliau yang merupakan Perdana Menteri menjelaskan, berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) dan UMNO termasuk di Negeri Sembilan ada bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di negeri ini sekali gus dapat bekerjasama dengan kerajaan Pusat.

“Anwar Ibrahim berkempen untuk UMNO kira hebatlah, tetapi ini kenyataannya, untuk kebaikan orang Melayu dan negara Malaysia, yang orang Cina dan orang India jamin lebih selamat.

“Saya minta jangan kita pandang ringan, pilihan raya ini penting perkuatkan Negeri Sembilan supaya kerjasama peringkat Persekutuan lebih baik,” katanya sewaktu berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi di Rumah Rakyat Pengkalan Durian, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, calon BN DUN Linggi, Datuk Mohd. Faizal Ramli.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan, negara Malaysia berada dalam keadaan baik dan aman juga disebabkan peranan yang dimainkan oleh pasukan polis serta tentera. 

“Sebab itu saya berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) dan jemaah menteri, kita kena jaga mereka (polis dan tentera) ini.

“Di Lahad Datu (Sabah), polis terbunuh, tentera terbunuh serangan dari pengganas Sulu. Mereka tulis surat kepada Perdana Menteri masa itu minta supaya kemudahan tambahan diberi, tempat duduk biarlah selesa sedikit, tidak jawab kerana wang tidak ada,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau telah meluluskan peruntukan RM40 juta bagi menaik taraf infrastruktur dan kuarters untuk anggota dan pegawai yang bertugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Menurutnya, kelulusan itu selepas beliau mendapat pengesahan dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu ujar Anwar, peruntukan sebanyak RM200 juta juga diberikan untuk memperbaiki rumah polis yang rosak dan RM200 juta lagi untuk rumah tentera yang daif.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya