KOTA BHARU: Kempen ppakat preboh Nik Amar atau Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang digerakan oleh pihak lawan gagal mengugat sokongan rakyat apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor meraih kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi.
Pada PRN itu, Mohd Amar menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Syed Mohd. Alidustur Syed Mohd. Zan dengan majoriti 10,686 undi.
Sementara itu, Mohd. Amar menzahirkan rasa syukur dengan kemenangan majoriti besar itu sekali gus menolak segala tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sebelum ini.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana serangan-serangan yang dibuat kepada saya telah dibuktikan tidak berasas dengan bertambahnya majoriti undi di DUN Panchor.
“Kita memang jangka akan berlaku pertambahan majoriti kerana yang menyerang saya itu memang musuh politik seperti UMNO dan Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya.
Sebelum itu tular satu kempen yang mengajak rakyat di DUN Panchor dan seluruh negeri menolak Mohd. Amar dengan tidak mengundi Pas pada PRN.-UTUSAN