KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya akan menambah slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri dibelakang tema tersebut. “Oleh itu tema Hari Kebangsaan peringkat negeri akan menjadi Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam. “Sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu di mana ia akan berlangsung pada malam 30 Ogos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya