Kelantan amal pendekatan matang dan sejahtera dengan Persekutuan

Kelantan amal pendekatan matang dan sejahtera dengan Persekutuan

MOHD. Nassuruddin Daud (kanan) meletakan ibu jari sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengambil pendekatan matang dan sejahtera dengan Persekutuan dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud yang baharu mengangkat sumpah untuk jawatan itu semalam berkata, pendekatan itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini terus terpelihara.

Menurutnya, konsep tersebut selari dengan semangat federalisme antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, saya mengharapkan sokongan dan dokongan penuh daripada semua pihak untuk sama-sama untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

“Selain itu, saya juga akan meneruskan legasi Membangun Bersama Islam (MBI) yang menjadi dasar pentadbiran Kerajaan Kelantan sebelum ini,” katanya semasa sidang media di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti melaporkan diri bagi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, Dasar Membangun Bersama Islam yang diamalkan sebelum ini telah terbukti berkesan dalam meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat.

Katanya, pada masa sama beliau mahu Menteri Besar untuk semua rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN) menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Kemenangan itu menyaksikan PN Kelantan membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya