Kek merdeka untuk pengunjung MJF esok - Utusan Malaysia

Kek merdeka untuk pengunjung MJF esok

CHEF Michael Ooi Beng Hock (dua dari kanan) dan kru menyiapkan kek merdeka sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-66 di tapak MJF 2023 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Orang ramai berpeluang menyaksikan kek merdeka ‘gergasi’ sempena Festival Majestic Johor (MJF) 2023 di Puteri Harbour, di sini esok.

Menariknya, ‘the biggest Jalur Gemilang vegetarian cake’ itu bakal mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke- 66.

Orang ramai turut berpeluang merasai kek berkenaan selepas majlis pengiktirafan yang berlangsung di pentas utama MJF 2023 pada pukul 2 petang esok.

Kek tersebut dihasilkan oleh sekumpulan chef yang diketuai Celebrity Master Chef Malaysia, Michael Ooi Beng Hock dan 16 chef dari beberapa hotel di negeri ini yang merupakan ahli Persatuan Juara Juru Masak Malaysia (MCMA). 

Michael Ooi berkata, pihaknya memulakan proses membuat kek tersebut sejak semalam dan dijangka akan dapat menghasilkan 600 hingga 700 keping kek untuk dirasai para pengunjung festival tersebut. 

Justeru, orang ramai dijemput untuk mengunjungi MJF 2023 yang berlangsung hingga 3 September ini di Puteri Harbour.

Pelbagai acara menarik dianjurkan termasuk konsert pada setiap hari, persembahan kebudayaan, jualan pelbagai jenis makanan dan minuman serta pameran daripada agensi kerajaan dan swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya