Kejohanan julung kali boling DRB-Hicom-Media Pahang meriah - Utusan Malaysia

Kejohanan julung kali boling DRB-Hicom-Media Pahang meriah

PESERTA bergambar bersama hadiah masing-masing selepas Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama Media Pahang di Pusat Sukan Playground No.6, Semambu di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 12 pasukan dari agensi media negeri ini menyertai Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama Media Pahang di Pusat Sukan Playground No.6, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Razak Bahman berkata, kejohanan itu julung kali diadakan antara DRB-Hicom dan Media Pahang.

Katanya, seramai 60 pemain termasuk tiga kumpulan dari DRB-Hicom menyertainya.

“Acara ini bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat DRB-Hicom kepada umum,” katanya di sini.

Yang hadir sama pada kejohanan itu, Timbalan Ketua Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom, Cairil Irwan Mohd. Amir Sharifuddin.

Selain hadiah buat pemenang tempat pertama hingga ketiga dan saguhati kepada setiap peserta yang mengambil bahagian, kejohanan terbabit turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya barangan elektronik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya