Kebanggaan Malaysia: Syarikat ini meletakkan nama negara di peta industri teknologi kewangan serantau - Utusan Malaysia

Kebanggaan Malaysia: Syarikat ini meletakkan nama negara di peta industri teknologi kewangan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEDEKAD lalu, teknologi kewangan (fintech) dengan jargon-jargonnya – seperti masyarakat nirtunai, pendigitalan perniagaan, bank digital – sangat asing buat rakyat Malaysia.

Dua dekad selepas memasuki abad ke-21, teknologi kewangan kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Transaksi tanpa tunai telah menjalar sampai ke ceruk kampung dan pekan-pekan kecil, menjadi pilihan ramai kerana penggunaannya yang mudah dan selamat.

Bukan sekadar itu, Malaysia juga telah menyertai pergerakan global ke arah perbankan digital untuk mempelopori penyelesaian inovatif bagi memacu rangkuman kewangan.

Salah satu perintis Malaysia yang paling dikenali dalam industri ini ialah Boost, cabang teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata.

Pembuka pintu

Ramai yang kenali jenama Boost sebagai salah satu pemacu tempatan yang terawal bagi pembayaran digital yang telah membentuk masyarakat nirtunai tempatan sekarang.
Malah, dahulu, syarikat ini dianggap secara meluas sebagai satu daripada tiga syarikat besar yang mendominasi pasaran eDompet.

Oleh itu, ada yang mungkin terkejut apabila Boost akan menjadi perintis industri perbankan digital di Malaysia tidak lama lagi – mewakili negara di pentas serantau dan global.

Kebanggaan nusa

Kini, Boost telah menjangkau lebih daripada pembayaran, menjadi penyedia perkhidmatan teknologi kewangan spektrum penuh yang bervisi jauh.

Bukan sekadar perkhidmatan eDompet, syarikat itu kini menawarkan pengurusan kewangan peribadi yang lengkap dalam satu aplikasi fintech semua-dalam-satu. Pembayaran bil, transaksi dalam talian dan hampir segala urusan kewangan peribadi yang anda perlu lakukan, termuat dalam aplikasi Boost.

Syarikat ini juga mengorak langkah sebagai penyelesai urusan kewangan dan digital untuk perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS). Peniaga kini boleh beradaptasi dengan pendigitalan secara lebih menyeluruh dengan penyelesaian yang ditawarkan Boost, menjadikan mereka kalis masa hadapan.

Menyedari potensi perniagaan tempatan, Boost juga meneroka peluang untuk menjadi ‘duta’ Malaysia dalam gelanggang teknologi kewangan di rantau Asia Tenggara. Peluang itu direalisasi melalui pembiayaan mikro berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan kemudahan pembayaran rentas sempadan yang kini mendapat perhatian negara-negara serantau.

NAFAS

Untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, Boost memberi nafas baharu kepada jenamanya bermula tahun lalu, khususnya selepas berjaya memenangi lesen bank digital dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Be unstoppable, itulah cogan kata baharu syarikat ini.Boost juga membuktikan kredibiliti dengan pertumbuhan yang mengagumkan: melebihi 10 juta pengguna aplikasi di Malaysia, lebih 600,000 titik sentuh perniagaan di Malaysia dan Indonesia, serta lebih 100 rakan kongsi digital global untuk pembayaran rentas sempadan, dari seluruh Asia Tenggara.

Di samping itu, perniagaan pembiayaannya berasaskan AI sudah mempunyai rekod prestasi yang konsisten dalam menangani jurang keterangkuman kewangan. Sejak penubuhannya, Boost telah mengeluarkan lebih RM3 bilion pembiayaan kepada PMKS di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Melalui ekosistem fintechnya yang holistik, merangkumi aplikasi fintech semua-dalam-satu, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan, Boost telah memperkasakan berjuta-juta pengguna dan peniaga di seluruh Asia Tenggara sejak 2017.

Memasuki tahun keenam penubuhannya, syarikat teknologi kewangan ini memikul tanggungjawab untuk membuka pintu industri teknologi kewangan ke peringkat seterusnya.

Semua perhatian kini tertumpu pada Boost dalam beberapa bulan akan datang kerana peniaga dan pengguna sama-sama bakal menyaksikan kemunculan bank digitalnya yang dinanti-nantikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya