Kastam sasar 4,248 syarikat baharu layak bayar cukai - Utusan Malaysia

Kastam sasar 4,248 syarikat baharu layak bayar cukai

WAN SAADAH MOHAMED MUHIBBUDDIN (pegang bendera) menyempurnakan majlis pelepasan operasi khas JKDM di Ibu pejabat Kastam Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan sebanyak 4,248 syarikat baharu di seluruh negara berkelayakan membuat pembayaran cukai syarikat bermula tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Cukai Dalam Negeri) JKDM, Wan Saadah Mohamed Muhibbuddin, pihaknya telah memulakan operasi khas pengesanan pendaftar baharu itu bermula semalam, iaitu melibatkan cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai pelancongan.

“Operasi ini dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan JKDM menyasarkan sebanyak 4,248 perniagaan yang layak membayar cukai syarikat, iaitu selepas mencatat perolehan tahunan sebanyak RM500,000.

“Bagi Johor pula, kita sasarkan sebanyak 546 syarikat baharu yang berpotensi,” katanya pada majlis pelepasan operasi khas di Ibu pejabat JKDM Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kastam Johor, Misbahudin Parmin.

Wan Saadah memberitahu, JKDM telah merekodkan sebanyak 86 peratus kutipan cukai syarikat daripada keseluruhan syarikat yang berdaftar.

Menurutnya, antara alasan yang kerap diberikan syarikat-syarikat yang gagal membuat pendaftaran adalah mereka tidak tahu bahawa perlu berbuat demikian apabila perolehan syarikat mencapai RM500,000.

Dalam pada itu, JKDM turut mengeluarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi pegawai dan anggota menjalankan tugas sepanjang operasi khas tersebut dilaksanakan.

“Kita mahu semua pihak yang belum berdaftar supaya segera mendaftar, patuhilah undang-undang negara, bila berdaftar mereka akan bayar cukai, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya