Kanak-kanak mangsa dera sihat, ceria - Exco - Utusan Malaysia

Kanak-kanak mangsa dera sihat, ceria – Exco

SEJAK dimasukkan ke hospital, keadaan mangsa dilaporkan stabil di bawah jagaan rapi hospital dan JKM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai mangsa penderaan oleh ibu kandung dan rakannya berperwatakan ‘tomboy’ di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang baru-baru ini dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, mangsa juga kelihatan ceria selepas bertemu dengan ahli keluarganya yang lain yang datang dari Kedah, termasuk bapa, datuk serta bapa saudaranya.

“Kanak-kanak itu masih dirawat di Bahagian Kanak-Kanak Hospital Sultan Ismail (HSI). Kanak-kanak itu sihat dan sangat ceria kerana bapa kandungnya, bapa saudara serta datuknya datang dari Kedah,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Khairin-Nisa berkata, kanak-kanak itu akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada waris atau orang yang layak dan sesuai di kampung halamannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan kejiranan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang kerana prihatin dan mengambil langkah proaktif dalam kes tersebut.

“Tindakan mereka itu berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada terus menjadi mangsa penderaan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala rakannya yang berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya