Johor lulus kenaikan pangkat 998 guru sekolah agama - Utusan Malaysia

Johor lulus kenaikan pangkat 998 guru sekolah agama

Mohd. Fared Mohd. Khalid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seramai 998 guru sekolah agama di negeri ini akan menikmati kenaikan pangkat secara berfasa berasaskan penilaian kecemerlangan yang ditetapkan kerajaan negeri, bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, inisiatif menaikkan pangkat guru-guru sekolah agama tersebut akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Langkah itu juga bagi mengelakkan perpindahan guru sekolah agama kerajaan negeri ke Kementerian Pendidikan.

“Penambahbaikan dalam sistem kenaikan pangkat ini akan memberi suntikan semangat kepada guru-guru ini dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada lebih 186,137 murid di seluruh negeri Johor.

“Selain itu sebanyak 631 jawatan baharu telah dibuka kepada guru agama pada tahun ini yang melibatkan perjawatan tetap seramai 300 orang,” katanya di sini.

Mohd. Fared.berkata, langkah itu dibuat menerusi proses pemilihan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) yang bermula bulan lalu. 

“Usaha ini telah memberi kelegaan kepada kebanyakan guru sekolah agama yang telah lama berkhidmat, namun masih berstatus kontrak,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fared turut memaklumkan bahawa pelaksanaan kempen Sekolahku Sejahtera yang dilancarkan pada Mei lalu telah menelan belanja sebanyak RM345,000.

“Kempen itu memberi fokus terhadap pembersihan fasiliti tandas di seluruh sekolah agama dalam negeri ini. Keperluan membaik pulih tandas itu perlu diselesaikan tahun ini bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Johor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya