Johor berpotensi jadi hab produk hiliran lada - Fadillah - Utusan Malaysia

Johor berpotensi jadi hab produk hiliran lada – Fadillah

FADILLAH YUSOF (tengah) bergambar bersama-sama pengusaha lada yang menerima skim tanaman lada baharu sempena Program Pemerkasaan Penggiat Lada anjuran Lembaga Lada Malaysia di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Johor berpotensi menjadi hab pemasaran bagi produk lada negara kerana lokasinya yang dekat dengan Singapura.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, negeri ini juga merupakan pengeluar terbesar produk lada di Semenanjung.

Menurutnya, jumlah pekebun lada di Semenanjung yang berdaftar dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) seramai 294 orang melibatkan tanaman seluas 92 hektar.

“Daripada jumlah itu, Johor mempunyai bilangan pekebun lada paling ramai di Semenanjung, iaitu 155 pekebun dengan keluasan tanaman 38 hektar.

“(Johor boleh menjadi hab lada), Boleh, kenapa tidak boleh. Faktor yang menarik di Johor ini adalah lokasinya yang berdekatan dengan Singapura. Jadi, itu boleh menjadi platform atau batu loncatan untuk memasarkan produk ini di peringkat antarabangsa.

“Tetapi kita mahu fokus agar produk hiliran lada ini dihasilkan di Johor, kemudian boleh dieksport. Kita tidak mahu hantar lada ke Singapura kemudian ia jadi jenama republik itu, biarlah ia kekal jenama Malaysia,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemerkasaan Penggiat Industri Lada di Le Grandeur Palm Resort, Senai, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MPB, Datuk Anyi Ngau.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komuniti memberitahu, Malaysia merupakan negara pengeluar lada kelima terbesar dunia selepas Vietnam, Brazil, India dan Indonesia.

“Industri lada negara telah merekodkan nilai eksport sebanyak RM181.4 juta pada tahun 2022 berbanding RM153.5 juta pada tahun 2021. Bagi tahun ini, sehingga Jun lalu, nilai eksport lada negara adalah sebanyak RM65.94 juta. 

“Pencapaian ini amat membanggakan dan kita berharap agar momentum itu dapat berterusan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar pada tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan turut mengambil inisiatif menyemak semula nilai bantuan kepada pekebun kecil tanaman lada untuk meningkatkan margin keuntungan yang diperoleh mereka, antaranya dengan meningkatkan

bantuan Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) kepada RM46,000 setiap hektar berbanding RM26,000 sebelum ini, manakala kadar bagi Skim Tanaman Lada Matang (STLM) pula ditingkatkan daripada RM13,000 setiap hektar kepada RM25,000.

“Selain itu, kita juga perkenalkan kaedah ‘smart farming’, iaitu tanaman lada dibuat secara fertigasi, sensor akan digunakan untuk mengenal pasti kandungan mineral dalam tanah, sekali gus menentukan baja dan protein diperlukan untuk membolehkan produk terbaik dihasilkan.

“Pada masa ini, projek rintis telah dimulakan di Sarawak dengan skala kecil terlebih dahulu sejak tahun lalu, sekiranya ia berhasil kita akan perluaskan kaedah ini ke seluruh negara bagi melibatkan lebih ramai pekebun tanaman lada,” jelasnya. – UTUSANFADILLAH YUSOF (tengah) bergambar bersama-sama pengusaha lada yang menerima skim tanaman lada baharu sempena Program Pemerkasaan Penggiat Lada anjuran Lembaga Lada Malaysia di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Kulai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya