Jika BN menang lebih di Negeri Sembilan, Jalaluddin kena jadi MB - Khairy - Utusan Malaysia

Jika BN menang lebih di Negeri Sembilan, Jalaluddin kena jadi MB – Khairy

KHAIRY Jamaluddin menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi DUN Kota di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Ulu Gadong, Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang lebih kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, nama Datuk Seri Jalaluddin Alias perlu diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Jalaluddin selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan juga tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan berdasarkan perkiraan keadilan, perkara itu adalah wajar dilakukan.

Khairy menambah, menjadi masalah serta tidak adil, sekiranya yang menang kerusi kurang dari UMNO dan nama yang dihantar pula ialah Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Ia (Menteri Besar) siapa menang lebih lah. Kalau PH-BN menang di Negeri Sembilan, kalau BN lebih kerusi dari PH, Datuk Jalaluddin kena jadi Menteri Besar la, itu sahaja. Tidak boleh kalau PH menang kurang daripada BN, Aminuddin (Datuk Seri Aminuddin Harun) jadi Menteri Besar.

“Itu matematik, siapa yang lebih dapat jadi Menteri Besar dan tentunya dengan perkenan (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau selesai mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim Ulu Gadong, di sini, hari ini.

Beliau mengulas sekiranya berlaku mengenai senario PH dan BN yang bakal berhadapan kesukaran bagi menentukan siapakah Menteri Besar di negeri ini sekiranya gabungan kerjasama parti itu menang dalam PRN kali ini di Negeri Sembilan.

Daripada 36 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di negeri ini, PH bertanding sebanyak 19 kerusi manakala BN bertanding sebanyak 17 buah kerusi.

Sementara itu, Khairy ketika ditanya mengenai peluang Perikatan Nasional (PN) di negeri ini, bekas Menteri Kesihatan itu berpandangan bahawa parti tersebut berhadapan kesukaran untuk menang namun tidak menolak sekiranya terdapat kerusi yang dimenangi PN.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya