JAS Johor tak dapat buktikan pencemaran sungai berlaku - Utusan Malaysia

JAS Johor tak dapat buktikan pencemaran sungai berlaku

K. RAVEN KUMAR menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi MATTA Johor, Kathryn Lee selepas melancarkan MATTA Fair 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri ini tidak dapat membuktikan berlakunya pembuangan sisa terjadual ke dalam Sungai Tiram, di sini yang menyebabkan berlaku pencemaran bau.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, pemantauan telah dilakukan di kawasan sungai tersebut namun tidak menemukan sebarang kesan pencemaran.

Malah, keputusan ujian sampel air yang telah diambil juga tidak menunjukkan sebarang kehadiran bahan kimia atau bacaan yang abnormal.

“Sebaik sahaja laporan pencemaran diterima, pihak JAS Johor dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah turun ke lokasi bagi mengesan punca pencemaran.

“Pemantauan dibuat di Sungai Tiram yang berhampiran sekolah itu tidak menemukan perkara yang meragukan. Sekiranya ada pencemaran di sungai, ia pasti dapat dikesan.

“Walaupun telah dialirkan air sungai, pasti meninggal sisa di tebing sungai namun tiada sebarang kesan. Kualiti air juga dalam keadaan baik dan tiada apa-apa abnormal yang dikesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan MATTA Fair di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), di sini hari ini.

Selasa lalu, seramai 24 murid, dua guru dan dua pekerja kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram dilaporkan mengalami pening dan muntah terhidu bau busuk yang dipercayai pencemaran sisa kimia yang dibuang di sungai berhampiran.

Mengulas lanjut, Raven Kumar memberitahu, hingga kini pihaknya masih belum dapat mengesan bukti tentang punca pencemaran tersebut.

“Oleh itu, kita tidak boleh tergesa-gesa membuat konklusi sehingga dapat kesan bukti yang kukuh. Yang boleh kita pastikan, keadaan telah pulih dan terkawal.

“Mangsa seramai 39 orang termasuk 11 penduduk kampung itu yang terkesan sebelum ini dalam keadaan baik,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya