Jangan sentuh institusi Raja-Raja Melayu- Anwar - Utusan Malaysia

Jangan sentuh institusi Raja-Raja Melayu- Anwar

ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah dalam Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @ Pilah di Taman Ampang Tinggi, Kuala Pilah malam tadi.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Perdana a Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan berkompromi dan bersimpati dengan mana-mana pihak yang cuba memainkan isu berkaitan Raja-Raja Melayu. 

Anwar menjelaskan, sekiranya ada yang cuba menyentuh dan mempermainkan institusi itu, tentu ia boleh menimbulkan ‘malapetaka’. 

“Kita ada Perlembagaan (yang) kita patuh. Jangan main pasal. 

“Kamu boleh maki hamun Perdana Menteri hari-hari, sepuas hati kamu… itu hak kamu. Saya tidak ambil tindakan melainkan kalau fitnah itu terlalu berat, sebaik sahaja kamu sentuh raja, memang kamu cari penyakit dan malapetaka,” katanya dalam ucapan pada Ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @ Pilah di Taman Ampang Tinggi malam tadi. 

Sebelum ini, media melaporkan, Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis berhubung satu video yang ditularkan mengenai sebahagian kecil titah diraja oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dilihat mengaitkan dan mengheret kedudukan baginda bagi tujuan politik kepartian.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, berkata laporan polis dibuat oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada Sabtu lalu demi melindungi nama baik Sultan Nazrin daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak bagi meraih laba politik.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, kedudukan Malaysia kini semakin baik serta dikenali di pentas dunia berikutan tatakelola dan mempunyai kestabilan politik yang kukuh sekali gus menarik pelaburan luar.

“Politik stabil untuk apa? saya tegaskan untuk membangunkan ekonomi dan tarik pelabur, dahulu pelabur tidak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia, 

“Sekarang, minggu lepas sahaja Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, sudah 49 tahun beliau tidak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa,-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya