Jangan mudah 'koyak' dalam berpolitik-MB Kelantan

Jangan mudah ‘koyak’ dalam berpolitik-MB Kelantan

MOHD. Nassuruddin Daud (tiga dari kanan) ketika menyampaikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa ribut dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Pasir Tumboh dan Salor di Masjid Mukim Kota di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dari Barisan Nasional (BN) Mohd. Syahbuddin Hasyim dan Pakatan Harapan (PH) Kota Lama Dr. Hafidzah Mustakim dinasihatkan supaya tidak mudah ‘koyak’ dalam berpolitik selepas dilabel sebagai melawan perjuangan Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, ucapan yang dibuat oleh beliau semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini jelas menyebut perihal berkait melawan perjuangan Islam dan bukan melawan Islam.

“Soal tuntutan permohonan maaf secara terbuka hanya boleh dilakukan jika seseorang itu membuat kenyataan yang salah dan tidak perlu dilakukan apabila membuat kenyataan betul. Minta maaf ni apabila kenyataan kita salah. Ada tak orang minta maaf jika kenyatan dia betul? Saya sebut perjuangan Islam. 

“Saya tak sebut lawan Islam. Boleh ‘check’. Ucapan itu jelas dan nyata. Dia lain…Islam dengan perjuangan Islam lain, itu dua benda yang berbeza. Jadi jangan pusing mengatakan saya menyebut mereka menentang Islam. Perjuangan Islam saya sebut. Dengar elok-elok sebab saya bercakap dalam bahasa Melayu Kelantan yang boleh difahami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan ADUN Galas dan Kota Lama yang menuntut permohonan maaf secara terbuka selepas melabelkan mereka sebagai melawan perjuangan Islam.

Utusan Online hari ini melaporkan, Mohd. Syahbuddin dan Dr. Hafidzah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Menteri Besar Kelantan yang melabelkan mereka sebagai melawan perjuangan Islam.

Kedua-dua wakil itu turut meminta ADUN Meranti memohon maaf kepada semua pengundi di Galas dan Kota Lama yang telah menyokong BN (10,742) dan PH (9,691) di kawasan berkenaan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Mohd. Syahbuddin berkata, kenyataan menentang Pas sama seperti menentang perjuangan Islam adalah budaya takfiri yang boleh memecahbelahkan rakyat dan masyarakat.

Mengulas lanjut mengenai amaran Mohd. Syahbuddin bahawa kegagalan beliau membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari akan mengundang kepada tindakan undang-undang, ADUN Meranti itu mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Tak apa, kita tengoklah notis itu dia hantar ke tidak. Setakat ini notis belum diterima. Bila dihantar kita tengok dan teliti dahulu butirannya apa. Mengenai tindakan Pemuda UMNO Kelantan yang membuat laporan polis berhubung perkara sama saya tiada masalah kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

“Boleh buat kerana kita negara demokrasi… tetapi kalau kita pun buat kenyataan bermacam-macam sedangkan kenyataan orang lain adalah kenyataan yang jelas… kenapa mudah koyak? Jangan mudah koyak… dalam politik tak boleh mudah koyak. Kalau kita nak terlibat dengan politik jangan mudah koyak,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya