`Jangan mimpi tukar kerajaan, fokuslah jadi pembangkang baik' - Utusan Malaysia

`Jangan mimpi tukar kerajaan, fokuslah jadi pembangkang baik’

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: PKR  mengingatkan pembangkang tidak terus bermimpi mahu menukar kerajaan Pusat sebaliknya fokus menjadi pembangkang baik untuk bersama-sama membangun negara.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pembangkang seharusnya lebih faham proses perundangan negara terutama sekatan melalui Akta Lompat Parti yang diperkenalkan sebelum ini.

“Kenyataan Faizal Azumu (Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) bahawa kerajaan Pusat boleh bertukar sekiranya PN menang dalam PRN kali ini menunjukkan dia tidak faham proses perundangan.

“Cukup-cukuplah tu (dengan rancangan mahu menukar kepimpinan di peringkat pusat).

“Kita dah lalui perubahan demi perubahan kerajaan (sebelum ini) dan kita perlu ingat pesanan Yang di-Pertuan Agong betapa perlunya satu kerajaan yang stabil memimpin negara pada masa sekarang,” kata selepas meninjau gerak kerja PKR bersama calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR Bukit Besar, di sini, hari ini.

Semalam, Faizal Azumu berkata, terdapat  proses undang-undang yang membolehkan pertukaran kerajaan di peringkat Pusat berlaku sekiranya PN menang pada PRN Sabtu ini walaupun terdapat Akta Lompat Parti.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, beliau yakin, rakyat juga tidak mahu ada unsur untuk mengganggu-gugat kerajaan Pusat seperti mana yang pernah berlaku dahulu.

“Perbezaan politik kita tolak ketepi selepas PRN kerana kita nak stabilkan negara kita.

“Negara kita memerlukan pembangunan ekonomi, perlu  pelaburan dan pekerjaan, kalau bertukar-tukar kerajaan, satu perancangan pun tak akan berlaku.

“Bercakap tu pun tak akan membantu memulihkan ekonomi negara kita. Jadi pembangkang yang baik cukuplah. Dia (Faizal Azumu) pun dah kalah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya