Hias basikal guna tisu celup sirap, sarang telur

Hias basikal guna tisu celup sirap, sarang telur

NOOR FAZIELAH KAMISAN bersama suami dan dua anaknya pada Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-66 Taman Bukit Tambun Perdana, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebuah keluarga di Durian Tunggal di sini tidak menyangka penggunaan barangan dapur seperti sarang telur, tisu dicelup sirap dapat memikat hati juri pertandingan basikal berhias.

Berkongsi idea kreatif itu, Noor Fazielah Kamisan, 35, berkata, dia mengambil masa dua hari untuk membuat persiapan pertandingan basikal berhias dan pakaian terbaik disertai dua anaknya, Nur Adyanina Raniya Nor Azmie, 8, dan Nur Imanina Maleesa Nor Azmie, 5.

Katanya, dia menggunakan barangan yang terdapat di rumah untuk dijadikan hiasan pada basikal Nur Adyanina Raniya.

“Semua hiasan pada basikal ini saya dan suami buat sendiri dengan menggunakan barang dapur seperti tisu, sarang telur dan kordial sirap. Tisu direndam dalam air untuk mendapatkan warna merah manakala sarang telur dipotong kecil, diwarnakan dan digantung pada basikal.

“Bagi pakaian terbaik pula saya hanya gunakan semula baju bendera tahun lepas cuma ditambah bunga untuk pertandingan kali ini. Sementara baju yang digayakan Nur Imanina Maleesa disewa dengan kos RM40.

“Persiapan saat akhir itu ternyata berbaloi apabila basikal yang saya hias diumumkan sebagai pemenang. Sementara bagi pertandingan pakaian terbaik, Nur Adyanina Raniya dan Nur Imanina Maleesa masing-masing muncul johan dan tempat ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-66 Taman Bukit Tambun Perdana, Durian Tunggal di sini, hari ini.

Sementara itu, Nur Zurainiza Mohmad, 36, sanggup berhabis sehingga RM200 untuk menghias dua buah basikal dan menyiapkan pakaian anaknya, Nur Adra Mohd. Khalid, 4, dan Muhammad Amsyar Mohd. Khalid, 8.

Menurutnya, dia dan suami Mohd. Khalid Mahat, 36, tidak berkira untuk berbelanja, masa dan tenaga bagi menyemai rasa cintakan negara dalam diri anak mereka.

“Saya mahu mendidik mereka menghayati semangat patriotik sejak kecil dan bukannya setakat bercakap tetapi tidak menonjolkannya. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat setempat apabila ramai yang mengambil bahagian tanpa mengira bangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya