BATU PAHAT: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 meneruskan jelajah pada hari terakhir ke daerah Pontian dan Kulai.
Jelajah yang diketuai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merentasi perjalanan sejauh 181 kilometer.
Rombongan diraja tersebut singgah di Taman Rekreasi Rambah di Pontian dan destinasi terakhir di Kompleks Penghulu Sedenak, Kulai.
Seperti KMJ yang terdahulu, pelbagai acara dan aktiviti dianjurkan yang melibatkan rakyat jelata. – UTUSAN