Farid Kamil lafaz cerai melalui Google Meet

Farid Kamil lafaz cerai melalui Google Meet

Diana Danielle
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap isterinya, Diana Danielle di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari di sini sebentar tadi.

Lafaz itu dilafazkan melalui aplikasi Google Meet selepas Farid masih mengalami kesan akibat jangkitan Covid-19.

Sebelum talak itu dilafazkan, Hakim Syarie, Shukran Yusof bertanya kepada Farid akan kesediannya untuk membuat lafaz tersebut.

“Ya, insyaAllah, saya setuju,”katanya.

Diana ketika ditanya oleh hakim turut menyatakan bersedia agar lafaz dilafazkan secara dalam talian.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya