SHAH ALAM: Sebanyak 1.91 juta pengundi Melayu atau 52 peratus daripada keseluruhan 3,747,057 pengundi di Selangor menjadi faktor penentu kemenangan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu pada 12 Ogos ini. Daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, 40 kerusi mewakili majoriti Melayu yang mana 31 kerusi mempunyai bilangan pengundi melebihi 60 peratus. Sembilan lagi DUN mewakili 50 hingga 60 peratus pengundi Melayu manakala baki kerusi terutama di bandar menyaksikan bilangan pengundi Cina paling ramai. Komposisi pengundi berasaskan kaum itu sekali gus menjadi asas penting kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya