Exco Negeri Sembilan: BN tunggu MB panggil bincang - Utusan Malaysia

Exco Negeri Sembilan: BN tunggu MB panggil bincang

AMINUDDIN Harun bersama Jalaluddin Alias dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta kepemimpinan dan penyokong PH dan BN meraikan kejayaan kedua-dua parti yang berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan kini sedang menunggu panggilan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berhubung perbincangan bagi pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, setakat ini beliau masih belum menerima panggilan perbincangan bagi pembentukan barisan Exco yang pertama kali dibarisi wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan Aminuddin kini memerlukan sedikit masa bagi menguruskan beberapa perkara berhubung pembentukkan kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Semalam saya sudah serahkan nama beberapa individu gabungan muka lama dan baharu kepada Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebagai Exco di bawah Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

“Saya yakin nama-nama yang dicadangkan itu mempunyai latar belakang dan kemahiran yang pelbagai, sekali gus mampu untuk membawa pembangunan yang lebih baik dari pelbagai aspek seperti ekonomi,” katanya hari ini.

Kelmarin, Aminuddin menjangkakan barisan Exco Negeri Sembilan yang baharu akan dilantik dalam minggu ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu berkata, pihaknya berharap Barisan Nasional (BN) mendapat jumlah kuota Exco yang bersesuaian dengan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu iaitu sebanyak 14 kerusi di negeri ini.

Pada PRN yang berakhir Sabtu lalu, BN menang sebanyak 14 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH ) memenangi 17 kerusi, sekali gus membentuk membentuk Kerajaan Negeri dengan majoriti dua pertiga.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya