Dua lelaki direman bantu kes pembunuhan di kebun buah-buahan

Dua lelaki direman bantu kes pembunuhan di kebun buah-buahan

ACP Zulkipli Suhaili
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Polis menahan dua individu yang menjadi suspek pembunuhan seorang lelaki berusia 46 tahun di sebuah kebun buah-buahan di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan suspek-suspek berkenaan pada hari kedua selepas kejadian tersebut.

“Mereka (kedua-duanya lelaki) ditahan pada malam Selasa lalu, kemudiannya dibawa ke mahkamah keesokan paginya dan kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos ini,” jelasnya. 

Ujar Zulkipli, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil bedah siasat di Hospital Sibu, mangsa meninggal dunia akibat lapan kesan tembakan,” tambahnya.

Mangsa, Pang Neng Hua, ditembak mati secara kejam di pintu pagar kebun milik keluarganya pada lewat malam Isnin selepas makan malam bersama dua rakannya berusia 46 dan 36 tahun.

Motif di sebalik pembunuhan tersebut masih belum diketahui.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya