Dr. Hafidzah mahu main peranan semak imbang di DUN Kelantan

Dr. Hafidzah mahu main peranan semak imbang di DUN Kelantan

DR. Hafidzah Mustakim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Hafidzah Mustakim yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahu memainkan peranan semak imbang kepada kerajaan sedia ada.

Dr. Hafidzah berkata, langkah itu bagi memastikan perjalanan semasa DUN berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.

“Saya akan membawa aspirasi Kerajaan Madani yang diperkenalkan di peringkat persekutuan kepada rakyat Kelantan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada PRN semalam, Dr. Hafidzah menang di kerusi DUN Kota Lama dengan majoriti 202 undi menewaskan calon Perikatan Nasional, Datuk Zamri Ismail, Tan Boon Kian atau Andy Tan (Parti Rakyat Malaysia) dan Izat Bukhary (Bebas).

Kemenangan itu menyaksikan gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) berjaya merampas kerusi tersebut daripada Pas.

Dr. Hafidzah memberitahu, kemenangannya di peringkat DUN itu sekali gus menebus kekalahannya yang bertanding di Parlimen Kota Bharu pada PRU15.

“Alhamdulillah, gabungan BN-PH menjadikan saya lebih kuat di sini (DUN Kota Lama).

“Berdasarkan maklumat, saya kurang mendapat undian daripada peti undi saluran golongan muda. Mungkin mereka masih belum terdedah dengan perkara dan maklumat yang saya ingin sampaikan di DUN Kota Lama,” ujarnya.

Pada PRU 15, Dr. Hafidzah bertanding di Parlimen Kota Bharu dan memperoleh 19,256 undian, namun tewas kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendapat 41,869 undi.

Beliau pernah bertanding di DUN Tanjong Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kalah kepada calon Pas, Rohani Ibrahim yang memperoleh majoriti undi 7,015 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya