SHAH ALAM: DAP menyokong penuh Datuk Seri Amirudin Shari dilantik sebagai Menteri Besar Selangor walaupun memenang kerusi paling banyak berbanding PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. Naib Pengerusi DAP negeri, Ganabatirau Veraman berkata, DAP tidak menjadikan jawatan tersebut sebagai isu dan parti itu juga tidak berhasrat untuk merebut jawatan berkenaan kerana persetujuan antara komponen sudah dibuat lebih awal. “Isu ini tak wujud langsung dan kami akan kekalkan perpaduan yang sudah dicapai sejak 2008 lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia. Pada PRN lalu, komponen PH itu memenangi kesemua 15 Dewan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya