Cuti peristiwa PRN: Negeri Sembilan umum esok selepas keputusan - Utusan Malaysia

Cuti peristiwa PRN: Negeri Sembilan umum esok selepas keputusan

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sama ada cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan diberikan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya akan diumumkan selepas keputusan pilihan raya  itu di ketahui malam esok.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimana berkata, setakat ini perkara tersebut tidak lagi dibincangkan.

“Cuti tidak boleh diumumkan sekarang, saya akan umumkan esok selepas keputusan keluar, tiada dibincangkan.

“Negeri lain umum tidak mengapa, namun Negeri Sembilan insya-Allah esok, selepas keputusan keluar, tunggu esok,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Jalan Tuanku Kurshiah di Sikamat di sini malam ini.

Hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam PRN di negeri itu, esok.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa sempena PRN.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berharap peratusan keluar mengundi esok akan tinggi dan meminta pengundi untuk keluar lebih awal menunaikan tanggungjawab mereka.

“Keluar esok seawal pagi, sebab dijangkakan cuaca tidak menentu dan mungkin hujan, jadi pengundi dapat memilih masa yang sesuai untuk keluar mengundi

“Saya harap peratusan keluar mengundi juga tinggi kerana ini untuk memilih satu kerajaan negeri, harap peluang ini tidak disia-siakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aminuddin menjangkakan PH dan BN dapat membentuk kerajaan negeri esok.

“Insya-Allah, kita nampak boleh lagi pertahankan kerajaan negeri, berapa kerusi saya serahkan kepada pengundi tetapi nampaknya suasana nampak baik,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya