Campurkan kerajaan negeri bantu selesaikan projek sakit - Utusan Malaysia

Campurkan kerajaan negeri bantu selesaikan projek sakit

MOHD. JAFNI MD. SHUKOR (atas, tengah) bergambar bersama-sama pembeli pada Majlis Penyerahan Kunci Taman Saujana Jaya, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Campur tangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan projek sakit membabitkan perumahan Taman Saujana Jaya, di sini berjaya membela nasib 110 pembeli yang sepatutnya menerima kunci pada 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, perumahan bagi golongan M40 itu dibina pemaju, Glomac Berhad merupakan salah satu daripada empat projek sakit yang disasarkan untuk diselesaikan tahun ini.

“Di peringkat kerajaan negeri dan agensi berkaitan, kita berbincang dengan pemaju dan akhirnya kita dapat selesaikan projek ini selepas kita selesaikan isu-isu teknikal seperti isu jalan dan air.

“Kesan pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada pemaju dari segi kos barang dengan nilai material yang ada,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Taman Saujana Jaya, di sini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd. Fahmi Salam dan Ketua Pegawai Operasi Glomac Berhad, Zulkifly Garib.

Dalam pada itu, Mohd. Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai  berkata, hingga kini terdapat tiga lagi projek sakit yang dalam proses untuk diselesaikan sebelum akhir tahun ini, iaitu perumahan di Bandar Tenggara dan Pengerang di Kota Tinggi serta satu lagi di Muar.

“Kita sudah selesaikan tujuh projek sakit dan kita komited untuk selesaikan lebih banyak lagi dan tumpukan pada projek yang pemajunya memang perlukan bantuan kerajaan negeri untuk gerakkan agensi berkaitan bagi selesaikan isu mereka,” katanya.

Dalan pada itu, seorang pembeli, P. Yogeswari, 53, lega kerana kediaman itu kini dapat disiapkan dan didiami keluarganya.

“Ketika ini kami sekeluarga terpaksa menyewa di Taman Mutiara, dekat sini. Kami bayar sewa RM700 sebulan dan pada masa sama bayar RM1,000 untuk rumah di Taman Saujana Jaya,  ini membebankan kami,” katanya.

Salleh Omar, 62, turut bersyukur kerana keluarganya kini dapat menduduki rumah berkenaan dan akan berpindah dari Taman Manis di sini dalam masa terdekat.

“Rumah di Taman Saujana Jaya ini sebelum ini terbengkalai disebabkan Covid-19 kerana semua pekerja warga asing pulang ke negara asal,” katanya.

Hafarah Wati Adam, 43, dan keluarga akan segera berpindah  keluarga baharu itu selepas menerima kunci kediaman tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya