Calon PN di Rantau dakwa sokongan meningkat - Utusan Malaysia

Calon PN di Rantau dakwa sokongan meningkat

ROZMAL Malakan (dua dari kiri) menjalankan kempen dan bertemu dengan orang ramai di Pasar Malam Medan Nusari di Bandar Sri Sendayan, Seremban.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas melalui lima hari berkempen, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Rozmal Malakan, 58, memberitahu sokongan yang diterima semakin meningkat.

Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau itu menambah, walaupun menyedari Rantau merupakan kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN) namun penerimaan orang ramai terhadap PN makin positif termasuk dalam kalangan generasi muda.

“Setakat ini kami baharu 30 peratus berkempen, tunggu satu hingga dua hari lagi apabila mendapat data sebenar namun, sokongan (pengundi) ada penambahan.

“Selain itu, perkembangan positif boleh dilihat dan mereka (pengundi) boleh menerima PN termasuk anak-anak muda biasa lah mereka suka ajak selfie (berswafoto),” katanya ketika ditemui di sini.

Rozmal dalam pada itu menambah, beliau turut menggunakan pendekatan bertemu pemimpin-pemimpin masyarakat di Rantau dalam tempoh berkempen ini.

“Saya jumpa pemimpin-pemimpin masyarakat yang berpengaruh di satu-satu tempat, mereka nampaknya boleh menerima kehadiran saya, paling penting personal touch (sentuhan peribadi) itu yang penting.

“Selain itu saya tetap bertemu pengundi secara rawak dan dan berkempen menerusi media sosial,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ini, Rozmal akan bertembung satu lawan satu dengan penyandang kerusi itu sejak tahun 2004 yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya