JEMPOL: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir akan berkempen secara maya selepas patah kaki dalam kemalangan di Tampin, semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan itu boleh memanfaatkan teknologi sedia ada. “Saya baru menziarahi Datuk Zaidy, calon bagi DUN Jeram Padang, beliau stabil, tidak ada perkara yang serius, cuma kakinya patah dan saya tidak fikir beliau boleh berkempen secara agresif bagi tempoh 11 hari ini. Itu tidak mendatangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya