Buang minyak terpakai dapat duit

Buang minyak terpakai dapat duit

FAIZUAN ABDULLAH (empat dari kiri) menunjukkan kiosk OIL2WANG di Surau Taman Flora Pulai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berjaya membangunkan mesin pengumpulan minyak masak terpakai yang diberi nama `OIL2WANG’.

Pensyarah Kanan di Jabatan Kimia, Fakulti Sains UTM, Dr. Faizuan Abdullah berkata, mesin OIL2WANG yang pertama seumpamanya dicipta di negara ini bertujuan membudayakan gaya hidup rendah karbon menerusi sisa mampan, penjimatan sumber tenaga serta jaminan bekalan makanan.

Katanya, mesin yang dijana oleh tenaga solar itu diilhamkan apabila mendapati pengumpulan sisa minyak terpakai yang dikumpulkan oleh komuniti tidak dapat dibuang dengan cara yang betul.

“Saya lihat para penduduk taman akan membuangnya ke sinki atau ke longkang kerana ketiadaan tempat pengumpulan serta jadual lori yang sepatutnya datang ke sesuatu taman untuk mengambil sisa minyak tidak tetap,” katanya kepada Utusan Malaysia di Taman Pulai Flora di sini.

Hasil penyelidikan dan pembangunan selama setahun katanya, beliau dan pasukannya berjaya mencipta kios pengumpulan sisa minyak yang lebih sistematik dan mesra pengguna pertama.

“Apa yang perlu dibuat oleh pengguna ialah memuat turun aplikasi OIL2WANG dalam telefon pintar terlebih dahulu dengan mengisi maklumat peribadi dan nombor akaun bank untuk pembayaran terus. Cara-cara penggunaannya amat mudah dengan mengimbas kod QR pada aplikasi OIL2WANG dan setelah mendapat pengesahan pintu di kios akan terbuka.

“Pengguna kemudian boleh menuangkan sisa minyak ke dalam saluran yang disediakan di bahagian luar dan mesin akan mengesahkan jumlah minyak serta memaparkan harga yang ditawarkan iaitu RM2 bagi sekilogram.

“Pengaliran sisa minyak yang dituang sama ada bercampur dengan air atau cecair lain akan diasingkan ke tangki sampah manakala sisa minyak terus disalurkan ke tangki utama,” katanya..

Menurutnya, buat masa ini kiosk tersebut yang dibangunkan dengan kos RM250,000 diletakkan di Surau Flora, Taman Pulai Flora dan beroperasi 24 jam.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya