Bomba keluarkan kaki budak tersepit pada penutup besi longkang - Utusan Malaysia

Bomba keluarkan kaki budak tersepit pada penutup besi longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pada penutup besi longkang selepas terjatuh di Jalan PJS 10/11, Taman Seri Subang, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Mad Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.56 petang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang mangsa kanak-kanak berusia 11 tahun kaki tersepit di besi penutup longkang.

“Mangsa mengalami cedera di bahagian betis kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit beberapa minit selepas tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa yang kesakitan diserahkan kepada pegawai kesihatan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya