Berkaki palsu, berkerusi roda tetap hadir mengundi - Utusan Malaysia

Berkaki palsu, berkerusi roda tetap hadir mengundi

CHONG Nam menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas selesai mengundi di Pusat Mengundi SK Puteri, Seremban hari ini.-AFIFI HAFIZ MOHD. NOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Meskipun berkaki palsu seorang lelaki tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri di sini hari ini.

Lelaki itu, Chong Nam, 55, berkata, dia memakai kaki palsu selepas kaki kanannya terpaksa dipotong dua lalu selepas dihempap penyaman udara ketika bekerja.

“Mengundi ini satu kewajipan kepada kita sebagai rakyat, jadi tiada sebab untuk kita ambil mudah perkara ini.

“Tanggungjawab ini perlu ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun,” katanya ketika ditemui.

Tambah Chong lagi, selepas kejadian itu, dia tidak dapat bekerja hampir enam bulan.

“Saya ambil masa dua bulan selepas dapat kaki palsu untuk menyesuaikan diri sebelum mula bekerja semula di kedai barangan elektrik,” tambahnya lagi.

TEY Hai Eng Yu yang berkerusi roda turut hadir mengundi di Pusat Mengundi SK Puteri, Seremban hari ini.-AFIFI HAFIZ MOHD. NOR.

Sementara itu, di pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang itu, seorang warga emas, Tey Hai Eng Yu, 88, juga tidak ketinggalan hadir untuk mengundi walaupun terpaksa berkerusi roda.

“Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi setiap kali pilihan raya. Kita warganegara mesti datang mengundi.

“Hari ini menantu saya tolong tolak kerusi roda untuk saya datang ke sini,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya