Benarkan pengeluaran khas KWSP -PWRN

Benarkan pengeluaran khas KWSP -PWRN

KWSP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 320,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menggesa Kerajaan Perpaduan supaya membenarkan pengeluaran wang simpanan dari akaun satu secara ‘one-off’ untuk memulihkan ekonomi keluarga yang kian meruncing.

Pada masa sama, kumpulan tersebut juga menolak secara total idea kerajaan dan KWSP yang memperkenalkan i-Cagar sebagai alternatif pengeluaran ‘one-off’ secara bersasar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN), Jannahtul Ain Jaafar berkata, keengganan kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut mengakibatkan pencarum terbeban dengan pelbagai implikasi kewangan.

Tegasnya, ia termasuklah dengan bebanan hutang pinjaman perbankan, kos sara hidup yang meningkat dan sebagainya.

“Kerajaan sepatutnya mendengar rintihan rakyat Malaysia terutamanya pencarum KWSP yang kini terbeban dengan pelbagai masalah disebabkan kelembapan ekonomi dihadapi negara ketika ini.

“Kaedah i-Cagar yang diperkenalkan tidak membantu menyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya mengundang masalah lebih besar di masa depan dan implikasi kewangan kepada mereka.

“Kebanyakan rakyat ini mahukan pengeluaran akaun KWSP untuk menyelesaikan masalah hutang mereka, tetapi apa yang berlaku hari ini kerajaan memperkenalkan i-Cagar. Dalam erti kata lain nak selesaikan masalah hutang dengan menambah hutang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengeluaran KWSP secara bersasar adalah langkah lebih baik memandangkan kebanyakan pencarum mahu menggunakan wang tersebut untuk menyelesaikan bebanan hutang dihadapi ketika ini.

Tegasnya, kaedah i-Cagar yang diperkenalkan sama saja seperti pencarum membuat pinjaman dengan syarikat perbankan pada masa sama menambah bebanan hutang ditanggung.

“Desakan ini adalah kerana kebanyakan rakyat sangat memerlukan bantuan tersebut. Ada di antara mereka kini tertekan kerana tidak mampu lagi menanggung bebanan hutang sedia ada,” katanya.

Mengulas berhubung dakwaan kononnya perjuangannya adalah berlandaskan politik semata-mata, Jannahtul Ain berkata, PWRN tiada kaitan dengan mana-mana parti politik sebaliknya hanya bergerak atas kapasiti sendiri untuk menyuarakan permintaan rakyat Malaysia.

“Ada yang mengaitkan PWRN dengan PN (Perikatan Nasional) sebelum ini, tapi saya nak tegaskan bahawa ini adalah perjuangan yang dibawa sendiri. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

“Saya hanya mewakili suara lebih 320,000 pencarum KWSP yang menuntut hak mereka mengurangkan bebanan dan tekanan hidup akibat implikasi kewangan,” katanya.

Pada Februari lalu, Jannahtul Ain mengadakan kunjungan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyerahkan memorandum menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Dalam kunjungan itu, Ahli Parlimen Bera tersebut bersetuju membawakan desakan tersebut pada sidang Parlimen yang lalu.

Antara lain yang terkandung dalam memorandum tersebut adalah mendesak agar kerajaan membenarkan dan meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 iaitu 50 peratus melalui akaun satu, dengan kadar maksimum RM50,000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya