Belia perlu usaha memajukan diri, perkukuh jati diri

Belia perlu usaha memajukan diri, perkukuh jati diri

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan belia di negara ini perlu terus berusaha memajukan diri dan memperkukuhkan jati diri untuk mendepani apa jua cabaran mendatang demi membina Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. 

Demikian harapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sempena Hari Belia Antarabangsa yang dikongsikan di hantaran Facebook, hari ini. 

“Manfaatkanlah usia muda anda semua sebaik mungkin, untuk menekuni ilmu pengetahuan yang pelbagai, membina keperibadian yang unggul dan memburu cita-cita demi masa depan yang lebih baik. 

“Tetaplah bersemangat dan jangan pernah ragu mengejar impianmu anak muda harapan Negara. Jangan biarkan apa jua rintangan dan cabaran menjadi penghalang. 

“Ayuh! jadilah pelopor perubahan positif dan inspirasi kepada semua. Teruskanlah perjuangan demi memajukan diri, keluarga dan masyarakat. Jadilah generasi yang membawa perubahan serta kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya. 

Jelas Fadillah, anak muda perlu sentiasa ingat bahawa masa depan negara pada hari ini berada di tangan mereka. 

“Anda semua memiliki potensi besar untuk membawa perubahan luar biasa demi Malaysia Madani yang makmur dan sejahtera,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya