Beli ikan selar, bayar harga bawal - Utusan Malaysia

Beli ikan selar, bayar harga bawal

IKAN selar yang dibeli dengan harga ikan bawal di sebuah pasar raya di Simpang Renggam, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita melahirkan kekesalan dengan kesilapan pekerja sebuah pasar raya di Simpang Renggam, dekat sini kerana silap menekan kod harga sehingga menyebabkannya membayar lebih untuk ikan selar yang dibeli, semalam. 

Pengguna akaun Facebook, Nur Alia yang memuat naik kejadian itu memaklumkan, harga yang berbeza jauh daripada harga sebenar itu hanya disedari apabila sampai di rumahnya.

Katanya, ikan selar yang dibelinya hanya berharga belasan ringgit, namun dia terpaksa membayar harga ikan bawal besar yang berharga RM30.99 sekilogram.

“Akibat kesilapan itu, saya terpaksa membayar sebanyak RM26.03 untuk hanya 840 gram ikan selar. 

“Tukang timbang tolong kenal jenis-jenis ikan, saya nak patah balik jauh, jangan buat silap macam ini lagi. Makan ikan selar tapi harga ikan bawal, saya belanja barang dapur banyak tadi, tak sempat nak tengok dan periksa satu-per satu barang sebelum balik,” luahnya.

Menurutnya, ketika membeli ikan di pasar raya berkenaan dia juga ada mendengar kekecohan di meja timbangam mengatakan label harga salah dan tidak menyangka turut menjadi ‘mangsa’.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pembaca menyatakan bahawa sudah ramai yang terkena dengan apa yang berlaku kepada Nur Alia.

Justeru, warganet mengingatkan supaya berhati-hati dengan label barang terutamanya ikan semasa membeli barangan keperluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya