Bantuan penyelenggaraan pastikan sekolah selamat, kondusif - Utusan Malaysia

Bantuan penyelenggaraan pastikan sekolah selamat, kondusif

LIM Hui Ying (tiga dari kanan) menyampaikan peruntukan kepada wakil sekolah sempena lawatan kerja beliau ke SJKC Forest Heights, Seremban hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peruntukan bantuan penyelenggaraan daripada pihak Kementerian Pendidikan adalah bagi memastikan bangunan sekolah selamat serta mewujudkan suasana ekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menjelaskan, bantuan berkenaan termasuklah melibatkan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah.

“Ini boleh meningkatkan motivasi warga sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights di sini hari ini.

Pada lawatan tersebut beliau turut melihat masalah cerun yang dihadapi sekolah berkenaan yang mempunyai seramai 173 orang murid ketika ini.

Pada majlis yang sama, Hui Ying turut menyerahkan peruntukan berjumlah RM595,000 kepada lapan buah bagi tujuan penyelenggaraan cerun, menaik taraf bilik guru, membaiki paip, penyelenggaraan tandas serta pendawaian semula bilik darjah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya